BERHATI-HATI DENGAN SYARIKAT YANG MENGGUNAKAN NAMA PUNB


PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) telah mengenalpasti sebuah koperasi yang mengguna pakai akronim PUNB sebagai sebahagian dari nama syarikatnya untuk mengedar risalah menawarkan pinjaman peribadi berlandaskan Shari’ah sehingga RM150,000 kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Koperasi tersebut turut memperakui mendapat kerjasama dengan sebuah bank asing yang ditubuhkan di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pembiayaan peribadi tersebut.

Oleh kerana fokus perniagaan PUNB tertumpu kepada menyediakan bantuan kewangan yang berlandaskan Shari’ah kepada usahawan Bumiputera, pihak kami amat prihatin dengan tindakan ‘passing off’ ini yang menggunakan nama PUNB dan boleh mengakibatkan salah tanggapan dan kekeliruan terhadap fokus perniagaan PUNB terutama di kalangan bakal usahawan PUNB.
Baca Lagi>>

Servis Terbaik Kami Untuk Anda

Kami baru menukarkan paparan blog tubuh syarikat dengan harapan paparan ini akan lebih mesra pengguna dan memudahkan pencarian maklumat. Kami akan memastikan blog ini akan sentiasa di update dengan berita atau informasi yang berkaitan dengan pensyarikatan dan juga keusahawanan.

Bagi pengunjung yang baru melawati blog ini, anda boleh masukkan email pada ruang yang disediakan untuk mendapatkan update dari kami terus ke email anda.

Bagi yang ingin mendaftarkan syarikat, daftarlah melalui kami. Kami akan memberikan servis yang terbaik untuk anda.

Pendaftaran syarikat boleh dilakukan walaupun anda tidak berada berdekatan dengan kami. Ya! ia boleh dilakukan, anda hanya perlu hubungi kami untuk berurusan dengan lebih lanjut.
Jangan lupa untuk mengunjungi laman web kami di tubuhsyarikat.com

Related Posts with Thumbnails