Panduan Permulaan Perniagaan

Untuk memiliki sesuatu perniagaan di Malaysia , anda perlu tahu dahulu tentang badan mana yang bertanggungjawab dalam hal ini. Badan yang paling penting yang anda perlu ambil perhatian terlebih dahulu dan mendaftarkan perniagaan adalah dengan Companies Commission of Malaysia juga dikenali sebagai SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia ). Ini adalah badan kerajaan di mana anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan badan tersebut.

Objektif utamanya ialah memastikan bahawa perniagaan anda adalah sah dan berdaftar untuk beroperasi. Mereka menetapkan syarat bahawa setiap syarikat telah dibangunkan dengan baik dan sempurna dan juga perjalanan tatacara tentang kawalan dalam syarikat seperti nama dan maklumat terperinci dalam syarikat.

Sebelum anda memulakan sesuatu perniagaan, anda perlu untuk terlebih dahulu menamakan syarikat anda di mana ia akan disemak dan dan diluluskan oleh SSM sebelum kelulusan diterima kepada anda.

Terdapat dua jenis perniagaan yang utama terdapat di dalam Malaysia yang terbuka untuk pendaftaran. Jenis yang pertama ialah hak milik mutlak atau hak milik sendiri di mana anda bertanggungjawab secara sendiri di dalam semua hal yang berkaitan segala operasi, keuntungan dan kerugian di dalam syarikat. Ini bermakna hak milik syarikat tersebut dinamakan dengan nama anda di mana anda bertanggungjawab dalam menanggung risiko yang terdapat dalam perniagaan anda.
Baca Lagi>>>

Selamat Tahun Baru 2010


Salam sejahtera....

Kami harap tidak terlalu lewat lagi untuk kami mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca dan dan pelanggan tubuhsyarikat.com.

Semoga tahun 2010 memberikan lebih banyak kejayaan untuk anda, sama ada dalam segi kewangan, kesihatan dan kebahagiaan.

Bagaimana tahun 2009 anda?

Kami harap ianya merupakan tahun yang baik dan 2010 manjanjikan yang lebih baik dari tahun lepas.
Apa sahaja perancangan anda pada tahun baru ini, pastikan anda di dalam keadaan yang selamat dan sihat sejahtera.

Semoga kita dapat memenuhi azam tahun baru kita dengan semangat yang memberangsangkan. Bukan sekadar meraikan tahun yang baru dengan perayaan, tetapi dengan pengisian yang bermakna.

Akhir sekali, Kami di tubuhsyarikat.com berharap anda akan teruskan usaha anda. Anda tentukan masa depan anda dan jangan putus asa.

Related Posts with Thumbnails