Permohonan Status Bumiputera (MOF)

Permohonan Status Bumiputera adalah satu kemudahan yang disediakan kepada semua pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di ePerolehan sekiranya syarat-syarat dan kelayakan dipenuhi. Permohonan ini dibuka kepada semua pembekal yang ingin mengisytiharkan atau meminda status bumiputera syarikat mereka.
Syarat-Syarat dan Kelayakan

Ketika mendaftar, anda boleh menyatakan status bumiputera anda. Bagaimanapun, sekiranya anda perlu meminda status bumiputera syarikat anda, anda boleh membuat permohonan tersebut sekiranya syarikat anda memenuhi satu daripada syarat-syarat di berikut:

1. Syarikat anda adalah bertaraf seratus peratus (100%) bumiputera, di mana pemegang saham, pemilik ekuiti dan pengarah syarikat anda adalah bertaraf bumiputera sepenuhnya.

2. Syarikat anda dimiliki oleh 51 peratus atau lebih bumiputera. Sekiranya syarikat anda memenuhi syarat ini, anda juga masih boleh memohon untuk status bumiputera.

Dalam kes tertentu, syarikat anda mungkin tidak mempunyai status bumiputera kerana tidak memenuhi syarat-syarat di atas ketika pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Bagaimanapun, mungkin terdapat perubahan dalam pemegangan saham dan ekuiti. Contohnya pertambahan pemilikan bumiputera dalam syarikat atau syarikat berpindah milik dari pemilik bukan bumiputera ke pemilik bumiputera. Dalam kes ini, syarikat anda juga layak memohon untuk mendapat status bumiputera.

2 pandangan pengunjung:

Anonymous said...

Bolehkah saya mendapatkan semua syarat-syarat yang mesti dipatuhi bagi 51% atau lebih syarikat bumiputera?

Adakah syarat 51% ke atas hanya kepada pemegang saham dan ekuiti atau termasuk juga kuasa menandatangani cek, ahli lembaga pengarah dan staff syarikat?

Terima kasih.

Thunder said...

macm mane saya nk daftar sebagai syarikat yg berdaftar dengan bumiputera?melalui online atau perlu untuk mrngsmbil borang.?

Related Posts with Thumbnails